Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MARA cipta rekod hasilkan bunga pahar terbesar

Inisiatif MARA menggubah 7,000 tangkai bunga pahar lengkap dengan telur asin yang disusun setinggi enam meter dengan ukur lilit 12m hari ini berjaya memasuki Buku Rekod Malaysia sebagai gubahan

terbesar setakat ini.

Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan Mara Datuk Mohd Rosdi Ismail berkata: "Gubahan itu melibatkan kakitangan Pejabat Mara dan Giatmara Wilayah Persekutuan mengambil masa lima hari untuk disiapkan, termasuk empat hari untuk merebus telur".

Bercakap kepada pemberita pada Festival Perkahwinan Mara 2012 di bangunan Medan Mara di Kuala Lumpur semalam, beliau berkata, bunga telur itu akan diagihkan kepada beberapa rumah kebajikan selain dijadikan cendera hati kepada ratusan tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Tetamu turut menyaksikan persandingan sepasang pengantin daripada golongan asnaf kurang berkemampuan yang berlangsung dengan kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Festival empat hari itu berakhir semalam.

Dalam pada itu, Mohd Rosdi berkata Mara juga bercadang menjadikan bangunan Medan Mara sebagai destinasi pelancongan berasaskan industri songket.

Kerja pengubahsuaian dijangka bermula awal tahun depan dan siap dalam masa empat bulan.

Mengikut cadangan, 1.5 juta keping mozek akan digunakan untuk menghasilkan corak berbentuk songket pada dinding luar bangunan.

- Bernama

ADS