Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Veteran tentera tak dibenar lihat dokumen Boustead

Sekumpulan bekas anggota tentera hari ini dihalang daripada melihat dokumen Boustead Holdings Bhd berhubung pengambilalihan sebuah syarikat milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan dan juga pembelian tanah daripada sebuah syarikat milik ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.

“Mereka memberi alasan hanya individu yang memegang saham secara terus boleh berbuat demikian," kata pengarah strategi PKR Rafiz Ramli yang mengetuai delegasi tersebut.

Seramai kira-kira 20 orang bekas pegawai tentera daripada NGO mewakili bekas anggota tentera - PAHLAWAN dan KERABAT - berhimpun di ibu pejabat Boustead di Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur sejak jam 1 petang ini.

Mereka bertemu pegawai syarikat tersebut pada kira-kira jam 2.30 petang dan meminta untuk melihat perjanjian dan dokumen berhubung transaksi tersebut.

Veteran berkenaan yang merupakan pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera itu hadir dalam kapasiti mereka sebagai ahli tabung amanah anggota tentera yang memiliki pegangan dalam Boustead.

Menurut Rafizi, pegawai syarikat berkenaan bagaimanapun berkeras bahawa LTAT dan Boustead "tiada kena mengena antara satu sama lain" dan merupakan dua entiti berbeza.

Menurutnya, pegawai berkenaan seterusnya enggan membenarkan mereka mengakses dokumen yang diminta.

Rafizi bagaimanapun berkata, beliau dan veteran berkenaan akan kembali sebagai pemegang saham dan akan meminta untuk melihat dokumen berkenaan sekali lagi.

[Baca berita penuh]

ADS