Muhyiddin kata rakyat S'gor sudah 4 tahun terpedaya


Bernama        

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Selangor yang selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan negeri pimpinan PKR, supaya memilih BN pada pilihan raya umum akan datang.

 

Timbalan Perdana Menteri berkata selepas empat tahun, mereka kini sedar tembelang kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Beliau menarik perhatian BN sepakat dalam melaksanakan dasar dan agenda pembangunan negara, tidak seperti pakatan pembangkang dianggotai PAS-PKR-DAP.

"Yang sering kita dengar masalah dan isu yang banyak sekali, pertelingkahan politik berlarutan dalam kalangan pakatan pembangkang," katanya semasa berucap pada penutup Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di Shah Alam malam ini.

Antaranya ialah isu air yang belum diselesaikan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku krisis air yang dijangka pada 2014.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel dan Timbalan Menteri Luar Datuk Kohilan Pillay dari Gerakan.

- Bernama

Taboola

Komen

PERINGATAN
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


Muhyiddin kata rakyat S'gor sudah 4 tahun terpedaya

Bernama,

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Selangor yang selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan negeri pimpinan PKR, supaya memilih BN pada pilihan raya umum akan datang.

 

Timbalan Perdana Menteri berkata selepas empat tahun, mereka kini sedar tembelang kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Beliau menarik perhatian BN sepakat dalam melaksanakan dasar dan agenda pembangunan negara, tidak seperti pakatan pembangkang dianggotai PAS-PKR-DAP.

"Yang sering kita dengar masalah dan isu yang banyak sekali, pertelingkahan politik berlarutan dalam kalangan pakatan pembangkang," katanya semasa berucap pada penutup Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di Shah Alam malam ini.

Antaranya ialah isu air yang belum diselesaikan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku krisis air yang dijangka pada 2014.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel dan Timbalan Menteri Luar Datuk Kohilan Pillay dari Gerakan.

- Bernama


Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In