Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga sekeluarga ditemui mati di Pengerang
Diterbitkan:  Jan 2, 2013 9:12 AM
Dikemaskini: 4:54 AM

Tiga sekeluarga ditemui mati di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang dekat Kota Tinggi, di Johor Bahru semalam.

    

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 10 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

    

Katanya, polis menemui mayat seorang lelaki berumur 60 tahun, isterinya yang berumur 57 tahun serta anak lelaki mereka yang berusia lingkungan 20-an di dalam bilik tidur rumah berkenaan.

    

Bagaimanapun polis tidak mendedahkan identiti mangsa, Lapor Bernama .

"Terdapat bau asap di dalam rumah itu dan kita percaya sesuatu telah dibakar di dalam bilik itu bagi tujuan melemaskan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

    

Menurut Che Mahazan, isteri dan anak mangsa merupakan penghidap sindrom down.

    

Katanya, siasatan awal mendapati kematian tiga beranak itu tiada kaitan dengan unsur jenayah dan siasatan masih dijalankan.

    

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat. 

Sementara itu, akhbar berbahasa Inggeris The  Star melaporkan Che Mahazan berkata, si suami sebelum ini memberitahu jiran bahawa dia mahu membunuh dirinya dan keluarganya kerana mereka hidup dalam kemiskinan.

Manakala akhbar harian berbahasa Cina, China Press juga melaporkan bahawa keluarga itu dipercayai berada di bawah tekanan selepas tanah tempat mereka tinggal, telah diambil untuk projek Projek bersepadu Petrokimia (Rapid) dan keluarga tersebut dipaksa untuk berpindah.

Menurut bendahari Gabungan NGO Pengerang, Chua Peng Sian, yang mengetuai gerakan anti-Rapid, keluarga tersebut menyewa rumah di atas tanah yang terjejas itu, dan oleh itu hanya boleh menerima pampasan kira-kira RM20,000.

NONE Si suami telah mengadu kepada pemimpin politik tempatan

selepas menerima arahan penempatan semula dan memberitahu mereka bahawa dia mahu membunuh diri, dakwa Chua (kiri).

Chua dilaporkan berkata, pihaknya mendapati tahu dari penduduk tempatan bahawa keluarga tersebut hidup dalam kemiskinan, manakala si isteri adalah pesakit angin ahmar manakala anak juga bermasalah .

"Suami adalah seorang tukang masak di sebuah restoran tempatan tetapi terpaksa berhenti kerja baru-baru ini untuk menjaga isteri dan anaknya," kata Chua dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Chua menggesa kerajaan supaya mengkaji secara serius kesusahan yang dihadapi oleh penduduk Pengerang ekoran projek Rapid atau jika tidak boleh berlaku lebih banyak tragedi seumpama itu.

[Baca berita penuh]

ADS