Tuntut royalti: Aktivis mahu gatih dari K'tan ke KL

Sekumpulan aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) merancang untuk menggatih basikal mereka dari Kelantan ke Kuala Lumpur bagi menyatakan tuntutan tersebut.

NONEKoordinator Berbasikal Untuk Royalti KB-KL (C4-R) Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata selain menuntut bayaran tersebut, kumpulan itu juga merancang untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Januari ini.

"Kami buat C4-R ini bersempena dengan himpunan kebangkitan rakyat 12 Januari ini. Dari Kelantan, kita akan melalui Terengganu dan Pahang sebelum tiba ke Gombak.

"Kami jangka akan tiba di Gombak pada 10 Januari dan keesokan paginya, kami akan mengayuh pula untuk ke menara KLCC dan dari situ, pada 12 haribulan kami akan berkayuh ke Stadium Merdeka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

azlanMenurut Hisyamuddin, program yang bermula semalam di Kota Darul Naim, Kota Bharu itu disertai oleh 10 orang peserta berbasikal, selain dua kenderaan iringan.

Kayuhan hari ini melibatkan perjalan daripada Kok Lanas ke Pasir Puteh, melalui Bachok sejauh kira-kira 70km.

Hishamuddin berharap orang ramai akan menyertai mereka dalam kayuhan berbasikal sejauh 650km itu sebagai tanda sokongan, terutama ketika tiba di Kuala Lumpur.

"Kami harap orang ramai akan turut serta dalam kayuhan ini lebih-lebih lagi dalam kayuhan ke KLCC dan Stadium Merdeka nanti," katanya lagi.

Aktivis berkenaan sebelum ini mengadakan konvoi bermotor ke Kuala Lumpur bagi menyatakan desakan berkenaan.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.