Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan kecewa dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihatnya masih tidak memberi sokongan secara terbuka ke atasnya walau beliau telah membuat beberapa pendedahan sebelum ini.

"Saya sangat menghargai media yang menyokong saya tetapi saya tidak nampak perkara ini daripada pembangkang.

"Saya telah menyatakan hasrat saya sejak minggu lalu kepada Anwar untuk tampil dan menyokong saya secara terbuka, bukan dengan berdolak-dalik tetapi bertemu saya atau menyokong apa yang saya buat," katanya.

Katanya beliau kecewa kerana Anwar tidak menyatakan sokongan tersebut tetapi menggunakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli untuk menyampaikan perkara itu.

Tambahnya, beliau tidak begitu menghargai sikap yang ditunjukkan Anwar seperti itu.

Deepak juga mengakui bahawa beliau telah bertemu dengan Anwar pada malam 28 November, sehari sebelum beliau tampil ke mahkamah.

Deepak turut meminta agar pemimpin daripada parti pembangkang lain untuk turut menyatakan sokongan kepadanya.

Katanya, beliau memerlukan sokongan berkenaan memandangkan isu yang dihadapinya kini, kata Deepak, memberi tekanan kepadanya.

"Anwar kalau nak (memberi sokongan kepadanya), dia perlu datang ke hadapan. Saya di sini untuk membuat pendedahan.

"Saya juga minta pembangkang lain untuk berdiri di belakang saya. Saya hanya perlu sokongan yang ikhlas. Saya berdiri di sini seorang. Dan saya perlukan sokongan.

"Saya tak boleh tidur malam. Saya ambil pil tidur. Tak ada sesiapa dengan saya," katanya lagi .

ADS