MP: Pastikan polis, k'jaan bertanggungjawab

   

Undang-undang mesti dikuatkuasakan supaya polis dan kerajaan dipertanggungjawab terhadap sebarang kejadian kematian dalam tahanan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Katanya, kerajaan harus menimbang meminda undang-undang untuk membuat pegawai polis dan kerajaan sebagai majikan mereka, bertanggungjawab ke atas kematian dalam tahanan polis.

death in custody nagarajan 301212 Dari segi liabiliti sivil, tambahnya, ini bermakna undang-undang harus

menganggap bahawa pegawai polis yang menahan seseorang untuk siasatan, adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa yang berlaku kepada tahanan semasa dalam tahanan, melainkan jika pegawai itu boleh buktikan sebaliknya.

Ini, kata Gobind, akan memastikan bahawa pegawai polis mengambil langkah tambahan dan tanggungjawab untuk memastikan tahanan dijaga secukupnya ketika di dalam tahanan.

Beliau mengulas kematian K Nagarajan, 32, (kanan) yang didakwa polis meninggal dunia akibat terjatuh semasa dalam lokap ketika tiga hari dalam tahanan bulan lepas.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In