Gerakan: 'Kesilapan' helah DAP letak Melayu dalam CEC

Gerakan hari ini mendakwa kesilapan dalam keputusan pemilihan anggota jawatankuasa pusat (CEC) DAP sebagai satu helah untuk memastikan seorang Melayu terpilih ke dalam jawatankuasa itu.

gerakan agm 151011 chang ko younTimbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata pengumuman terkini keputusan pemilihan yang berlangsung hampir dua minggu lalu adalah "satu sandiwara dan jenaka terbesar dalam sejarah politik Malaysia".

"Adakah ia satu cara untuk memastikan seorang Melayu terpilih ke dalam CEC dan mengalihkan kritikan orang ramai ke atas ketiadaan seorang Melayu yang terpilih ke dalam jawatankuasa itu?

"Bukankah itu satu manipulasi keputusan? Orang ramai ragu-ragu dan hairan dengan keputusan yang tidak dijangka ini.

"DAP perlu menjelaskan kesilapan ini," kata Chang dalam kenyataan beliau hari ini.

DAP semalam mengumumkan berlaku kesilapan dalam keputusan pemilihan CEC yang diumumkan tiga minggu lalu.

Keputusan awal menyaksikan Vincent Wu Him Ven yang tidak berapa dikenali memperolehi undi kelima tertinggi, sama banyak dengan mantan ketua pemuda DAP, Anthony Loke.

Keputusan sebenar meletakkan Vincent pada kedudukan ke-26 dan ia juga menyaksikan Zairil Khir Johari memperolehi tempat ke-20 dalam pemilihan itu, menjadikan beliau satu-satunya wakil Melayu yang terpilih ke dalam CEC.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.