MB: Tiada pembangunan dibenar di tanah Boustead

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tiada pembangunan akan diluluskan atas tanah yang dijual oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga kepada Boustead Holdings di kawasan perindustrian Bukit Raja.

NONE"Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang telah diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang," katanya.

“Kita tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES)," kata menteri besar.

"Jika ada apa-apa pembangunan dan urusniaga dilakukan ke atas tanah tersebut, maka ianya dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan Kerajaan Negeri tidak mengiktirafnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

NONEKeputusan itu dibuat dalam mesyuarat MTES yang dipengerusikan Abdul Khalid selepas mendengar taklimat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah, semalam.

Dalam mesyuarat MTES itu, menteri besar telah dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah tersebut masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu.

Menteri Besar berkata keputusan ini sejajar dengan prinsip kerajaan negeri yang telus, bertanggungjawab dan menolak sama sekali amalan rasuah serta salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi dan politik yang akhirnya rakyat menangung beban.

[Baca berita penuh]

azlan

 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.