Pemuda Gerakan persoal mekanisme kad 1M'sia

Gerakan hari ini membangkitkan persoalan mekanisme dan kegunaan kad '1Malaysia Privilege Card' yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini.

Timbalan ketua Pemudanya Oh Tong Keong berkata, isu lain yang mungkin timbul sama ada ia benar-benar berguna kepada rakyat Malaysia dan berhubung kriteria penerimanya.

"Berdasarkan pengalaman dalam pengedaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia, terdapat masalah apabila banyak kedai yang mengambil bahagian dalam skim itu bukan peruncit utama dan terletak di pinggir bandar.

"Kami sudah menyuarakan perkara ini sebelum ini," kata Oh.

Beliau sebaliknya mencadangkan insentif diberikan kepada peruncit untuk mengawal peningkatan kos dan pada masa yang sama meningkatkan perbelanjaan pengguna secara umumnya.

Kad itu dilancarkan perdana menteri pada Ogos lalu dengan fasa pertamanya untuk 241,000 anggota dan pegawai polis serta tentera.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.