Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan anjur program pemanas badan untuk 12 Jan

Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan beberapa siri program bermula Selasa ini sebagai pemanas badan untuk perhimpunan besar-besaran pada 12 Januari yang dirancang di tapak bersejarah Dataran Merdeka.

Program ini akan diadakan di pelbagai tempat, termasuk di Selatan, Utara, Pantai Timur dan kawasan tengah sebelum perhimpunan utama pada Sabtu depan.

NONE Ketua Pemuda PKR  Shamsul Iskandar Mohd Akin ( kanan )  juga memberitahu Malaysiakini , mereka juga sudah membentuk kumpulan sekretariat daripada ketiga-tiga parti dalam Pakatan untuk bertemu dengan pengurusan Stadium Merdeka pada Isnin ini untuk mempercepatkan kelulusan permohonan menggunakan tempat itu.

"Ini selari dengan permintaan Perdana Menteri Najib Razak supaya perhimpunan awam diadakan di stadium dan kami mahu memastikan pihak stadium mengeluarkan kelulusan dan ia mestilah dilakukan dengan telus tanpa sebarang masalah.

"Kami harap pihak stadium akan memberikan kelulusan memandangkan Pakatan sudah mengemukakan permohonan sebelum ini," katanya.

Dilaporkan Pakatan bulan lalu mengemukakan permohonan menggunakan nama sasterawan negara.

[Baca berita penuh]

ADS