Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
100 aktivis berarak bantah menara Warisan Merdeka

Sekumpulan 100 aktivis berarak ke Stadium Merdeka di Kuala Lumpur pada pelancaran "Katakan Tidak Pada Menara Mega 118 Tingkat" bagi membantah projek pembinaan Menara Warisan tersebut.

Kumpulan berkenaan juga menggesa supaya Taman Merdeka, yang kini dirobohkan, serta kawasan persekitarannya diumumkan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.

"Bermula malam ini, kita akan meneruskan kempen sehingga kita menerima janji bahawa pembinaan menara ini dibatalkan." kata Ishak Surin yang mengetuai gabungan Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN).

Beliau mendakwa gabungan 22 NGO dari Kuala Lumpr itu sebelum ini mengutus surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib pada 6 Disember dan 26 Disember tahun lalu, dan masih tidak menerima apa-apa jawapan.

Pengerusi acara yang berlangsung pada malam tadi, Tan Ah Chye menambah, menara Warisan Merdeka itu akan mengatasi bangunan seperti Stadium Chin Woo dan juga Stadium Merdeka.

Kumpulan itu pada awalnya berkumpul di Stadium Chin Woo pada 7 petang untuk menyaksikan beberapa persembahan.

Persembahan berkenaan antara lainnya melibatkan persembahan alat genderang Cina, Sikh dan Melayu, selain persembahan tarian India oleh dua beradik dari Kampung Railway.

Turut hadir di acara berkenaan ialah MP Bukit Bintang Fong Kui Lun dan presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor Tan Yew Sing.

[Baca berita penuh]

ADS