Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pensyarah: Parti perlu dibenar buka cawangan di kampus

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik menggesa agar parti politik dibenarkan membuka cawangan di kampus universiti bagi "membebaskan mahasiswa" untuk bergiat dalam politik.

"Isunya sekarang bagi saya, bukan sama ada (mahasiswa) masuk pilihan raya atau tidak. Tetapi sistem keseluruhan itu perlu diubah.(Akta Universiti dan Kolej Universiti) AUKU sahaja tak cukup.

"Pindaan Seksyen 15 tak cukup. Tetapi sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia dan sistem politik naungan ini perlu diubah.

"Budaya seperti itu sekarang tercerna kepada rakyat. Adakah dengan politik bernaung ini mahasiswa nak bertanding? saya rasa ini bukan isu," katanya dalam forum PRU13: Agenda Mahasiswa anjuran Gerakan Mahasiswa 13 di  Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Jelasnya, usaha untuk membebaskan mahasiswa itu melibatkan reformasi ke atas sistem itu sendiri

"Isunya ialah kalau nak bebaskan mahasiswa, sistem itu (perlu diubah). Benarkan parti politik di universiti ada cawangan masing-masing. Benarkan mahasiswa anjurkan debat dengan memanggil wakil yang akan bertanding," katanya lagi.

Beliau juga berkata mahasiswa harus berperanan sebagai pemerhati pada pilihan raya umum akan datang dan membantu menangkap "pengundi hantu" dalam pilihan raya.

"Saya rasa mahasiswa ini patut jadi pemerhati pilihan raya umum. Kalau ada hantu-hantu, mahasiswa boleh tangkap hantu itu," katanya.

Turut menyertai forum tersebut ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Soilidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang serta bekas aktivis pelajar, Ahmad Shukri Razab.

ADS