Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salahudin: Pindah kubur Pengerang tak ikut prosedur

Naib presiden PAS Salahudin Ayub mendakwa kubur dan empat perkuburan Islam di Pengerang, Johor, digali dan dipindahkan daripada tapak asal mengikut prosedur yang betul.

Beliau mendakwa, Perbadanan Islam Johor ditugaskan untuk memindahkan kubur berkenaan.

NONE Salahudin berkata sebanyak 249 kubur digali di antara 21 Disember dan 28 Disember tahun lalu, tanpa pengawasan daripada Jabatan Agama Islam Johor, pejabat kadi dan jabatan kesihatan negeri.

"(Jenazah) ditindan di atas satu sama lain di bawah sebuah pokok... Ia kemudiannya ditempatkan di kubur tohor sedalam 15 inci (38cm).

"Ini tidak akan menghalang binatang liar daripada menggali (jenazah)," katanya.

Pengerusi gabungan NGO Pengerang Anis Afida Mohd Azli berkata tapak kubur baru itu juga tidak dipagar dan kawasan tersebut berlumpur.

Beliau turut menunjukkan gambar kubur yang digali semula.

Mufti Johor pada minggu lalu menggesa agar pemindahan kubur berkenaan ditangguhkan sehingga tapak baru sedia untuk digunakan.

[Baca berita penuh]

ADS