Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ideas kecewa TI-M undur jadi pemerhati PRU13

Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) melahirkan kekecewaan terhadap keputusan Transparensi

Antarabangsa Malaysia (TI-M) menolak jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi pemerhati bertauliah dalam Pilihan Raya Umum ke-13, (PRU 13) kelak.

    

Ketua Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata kedua-dua pihak telah berbincang sejak beberapa bulan lalu dalam projek berkenaan dan TI-M tidak pernah menujukkan sebarang tanda untuk mereka berundur.

    

"Saya kecewa apabila membaca keputusan mengejut TI-M menolak jemputan SPR untuk mereka menjadi pemerhati pilihan raya yang bertauliah. Saya kesal dengan  keadaan ini.

    

"Pada Khamis, 3 Januari 2013, saya berada di pejabat TI-M di Petaling Jaya membincangkan cara terbaik untuk menyelaraskan kerja-kerja sebagai pemerhati pilihan raya dengan mereka.

    

"Mesyuarat itu berlangsung selama hampir lima jam, tamat pada kira-kira jam 10.30 malam. Saya terkejut pada Jumaat, TI-M memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah memakluman kepada SPR mengenai pengunduran mereka," katanya dalam

satu kenyataan semalam.

TI-M hari ini enggan menerima tawaran SPR untuk mengambil bahagian sebagai salah satu daripada lima pemerhati tempatan pada PRU-13.

    

TI-M merupakan kumpulan ketiga menolak tawaran itu selepas 'The Society for the Promotion of Human Rights (Proham) dan pemantau pilihan raya badan bukan kerajaan (NGO), iaitu 'National Institute for Democracy and Electoral Integrity'

 (NIEI).

Selain TI-M, kumpulan yang dijemput SPR sebagai pemerhati tempatan ialah Pusat Pengajian Polisi Awam di bawah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Majlis Belia Malaysia dan IDEAS.

    

Wan Saiful berkata dalam pengumuman rasmi pengunduran mereka itu, TM-I menyatakan bahawa mereka 'telah mengesa SPR untuk memastikan semua peraturan yang dikenakan ke atas pemerhati bertauliah, seperti proses akreditasi pemerhati

mematuhi piawaian dan norma antarabangsa'.

    

"Saya ingin menjelaskan bahawa semua organisasi membuat permintaan yang sama terhadap SPR," katanya.

"Kumpulan dijemput berunding mengenai syarat selama beberapa bulan antara kami dan SPR, sehingga kami mencapai kefahaman mengenai perkara itu. Ini bukan sesuatu yang hanya dilakukan TI-M," katanya.

    

Beliau berkata TI-M juga menyatakan bahawa mereka telah 'menyatakan keraguan terhadap beberapa syarat yang ditetapkan SPR kepada pemerhati Pilihan raya tempatan,".

    

"Sekali lagi, dalam semua mesyuarat dengan SPR, semua organisasi menyatakan keraguan. Semua pihak, termasuk TI-M, berunding mengenai syarat tersebut dengan SPR.

    

"Dalam mesyuarat terakhir kami dengan SPR pada 13 Disember tahun lepas, semua organisasi termasuk TI-M bersetuju mengenai terma dan syarat.

    

"Sememangnya, terdapat isu-isu yang kami bersetuju untuk tidak bersetuju dengan SPR dan SPR juga bersetuju untuk tidak bersetuju dengan kami. Jika TI-M mempunyai banyak keraguan, kenapa mereka tidak berhujah ketika bertemu secara bersemuka dengan SPR," soal beliau.

    

Wan Saiful berkata beliau bimbang dengan penarikan diri pada saat-saat akhir dan tanpa berbincang dengan organisasi lain yang terlibat dalam misi pemerhatian itu, TI-M boleh secara tidak sengaja dan tanpa niat membantu pihak yang mempunyai pandangan serong terhadap misi pemerhatian pilihan raya dan organisasi yang terlibat dengannya.

    

- Bernama

ADS