Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Perkhidmatan telekom tak dibaiki, bil tetap sampai'

Pengguna perkhidmatan telekom di pedalaman Hulu Besut kecewa kerana perkhidmatan telekom di kawasan mereka tidak diperbaiki sudah hampir setahun.   

Keadaan ini menyukarkan mereka untuk menggunakan perkhidmatan telefon dan Internet, walaupun aduan kepada pihak berkenaan sudah dibuat.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Batu 13, Kampung Bekok, Kampung Pasir Akar dan Felda Tenang.

Seorang Guru Besar, Rosmi Abdullah berkata kemudahan di sekolahnya seperti  komputer, mesin faksimile dan telefon tidak dapat digunakan sejak sekian lama.

"Saya dan guru-guru terpaksa berhubung dengan jabatan mahupun pejabat dengan menggunakan telefon bimbit kami sendiri," katanya.

Seorang pesara, Ahmad Fathi Mohd Noor, 61, berkata talian telefon di rumahnya tidak boleh digunakan tetapi bilnya tetap sampai dan perlu dibayar.

"Saya telah memohon untuk ditamatkan talian telefon saya tetapi tiada sebarang tindakan dibuat, hanya bil saya yang tetap dihantar," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan dan Kampung Felda Tenang, Tengku Heng Ku Besar berkata pihaknya sukar melayari Internet berhubung urusan mereka.

- Bernama    

 

ADS