Deepak tetap syarat pada Majlis Peguam

Saudagar permaidani Deepak Jaikishan berkata beliau akan membantu Majlis Peguam menjalankan siasatan tetapi selepas presiden badan tersebut pada waktu ini, Lim Chee Wee, menamatkan penggal perkhidmatannya.

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Deepak berkata beliau menetapkan syarat berkenaan kerana berasa "kecil hati" dengan kenyataan Lim sebelum ini.

NONE“Mereka menulis (surat) kepada saya dan tentulah saya akan menulis surat kepada mereka... Saya akan berunding dengan presiden Badan Peguam yang baru," katanya.

Deepak merujuk kepada kenyataan media Lim pada 18 Disember tahun lalu, di mana Lim berjanji bahawa Majlis Peguam akan menyiasat dakwaan penyelewengan ke atas seoramg peguam yang didakwa menderaf pengakuan berkanun kedua untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Deepak berkata beliau mempunyai bukti mengenai penglibatan peguam berkenaan dalam isu ini dan akan mengemukakannya kepada Badan Peguam sebaik presiden baru mengangkat sumpah.

Majlis Peguam baru saja mengadakam mesyuarat agung dan memilih anggota jawatankuasanya. Presiden baru akan dipilih melalui undian dalaman dan akan diumumkan kemudian.

Deepak juga mendakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli campurtangan dalam urusannya dan mahu pemimpin parti itu berhenti mengganggunya.

"Saya sedikit terganggu dengan tindakan Rafizi," kata Deepak.

Beliau berkata Rafizi amat mahir dalam pendedahan isu "perniagaan lembu" namun pemimpin muda itu perlu membiarkan isu Lembatan Tabung Angkatan Tentera dan pengakuan berkanun Balasubramaniam untuk ditangani individu yang benar-benar mahir.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.