Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Malaysiakini tidak berminat dengan pas akhbar polis'
Diterbitkan:  Jan 9, 2013 8:00 AM
Dikemaskini: 6:25 AM

Malaysiakini tidak akan mengemukakan senarai nama wartawannya untuk mendapatkan pas pengenalan polis untuk dipakai oleh mereka yang akan membuat liputan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat Sabtu ini.

Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar berkata permintaan pihak polis itu - yang dilihat bertujuan untuk membezakan petugas media daripada perserta perhimpunan itu - tidak akan membantu polis dalam tugas mereka dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan aman.

"Pihak polis sepatutnya menawarkan perlindungan kepada semua orang, muktamad," katanya.

Semalam, pihak polis telah meminta organisasi media mengemukakan senarai nama wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan tersebut, dengan mengatakan bahawa pas pengenalan itu adalah untuk "perlindungan" mereka.

malaysiakini acnmc conference 021010 fathi aris omar Fathi Aris (kiri) berkata pas media Malaysiakini sendiri dan kad

akreditasi rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi sepatutnya sudah mencukupi untuk mengenal pasti wartawannya.

Mana-mana pas pengenalan yang dikeluarkan oleh pihak polis boleh membawa kepada ketidakpercayaan orang awam terhadap petugas media, katanya.

"Ini akan membuatnya kelihatan seolah-olah wartawan telah 'disahkan' oleh pihak polis," katanya sambil mengingatkan, bahawa ia boleh mewujudkan satu duluan (precedent) yang tidak sihat.

"Lama kelamaan, orang ramai mungkin menganggap dokumen seumpama itu sebagai satu membentuk kebenaran bertulis untuk membuat liputan acara-acara tertentu. Mana-mana pengaruh luar terhadap keputusan kewartawanan, tidak kira betapa halus, mesti dielakkan sama sekali."

Langkah mengeluarkan pas pengenalan polis itu juga memberikan gambaran yang tidak baik terhadap perisytiharan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang beliau akan meliberalisasikan undang-undang berkaitan dengan akhbar.

Polis juga diminta pakai pas mereka

Fathi Aris memuji pihak polis kerana berusaha mencari cara-cara untuk meningkatkan imej mereka, tetapi berkata, langkah yang dimaksudkan itu tidak holistik.

Pasukan polis, katanya, perlu memastikan anggotanya sendiri berdisiplin semasa bertugas di majlis awam, dan mereka dikenakan tindakan jika terbukti melakukan sebarang pelanggaran.

bersih 3 rally 040512 zw07 "Salah seorang wartawan kami telah ditumbuk oleh polis ketika

membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas, dan kad memori kameranya telah dirampas. Sehingga hari ini, tiada tindakan diambil berhubung aduan tersebut," tegasnya lagi.

"Bagi menunjukkan kepercayaan, kita mencadangkan supaya semua anggota polis memakai tanda nama dan nombor pengenalan mereka dengan jelas pada pakaian seragam mereka semasa bertugas, termasuk di perhimpunan Sabtu ini."

Terdapat laporan bahawa sebilangan anggota polis tidak memakai tanda nama mereka semasa perhimpunan BERSIH 3,0.

ADS