Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Mindef patut gugurkan Awan Megah, tuntut bon tanah'

PKR hari ini mempersoalkan mengapa Awan Megah Sdn Bhd yang dimiliki ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah tidak digugurkan sebagai pemaju Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) dan didenda kerana kelewatan projek tersebut.

"Ini kerana pembinaan Puspahanas lewat walaupun penjanjian ditandatangani pada 2005," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Katanya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia menyatakan bahawa projek tersebut sepatutnya bermula pada 25 September 2008 dan siap pada 24 Januari 2011.

Bagaimanapun, Rafizi mendakwa kunjungannya ke tapak projek tersebut menunjukkan kerja-kerja yang siap kurang daripada 10 peratus.

Katanya beliau juga hairan mengapa Menteri Pertahanan, selaku pemilik projek, masih tidak mencairkan bon tanah yang dikemukakan sebagai jaminan penyiapan projek berkenaan, dan mendakwa memiliki bukti bahaw bon berkenaan sudahpun tamat tempoh tanpa tuntutan kerajaan.

[Baca berita penuh]

ADS