Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Kami sedang tunggu inkues kematian Nagarajan

Pihak polis telah mengesyor diadakan inkues terhadap kematian K Nagarajan dalam tahanan dan masih menunggu ianya dimulakan.

"Kami masih menunggu inkues tersebut," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru kes itu.

"Apabila inkues itu dimulakan, apa jua maklumat yang ada, kita akan memberikan," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata perkara itu kini berada di tangan timbalan pendakwa raya dan majistret, dan memberi jaminan bahawa proses sewajarnya telah dipatuhi.

Nagarajan ditangkap pada 21 Disember lalu bagi kesalahan berkaitan dadah tetapi ditemui mati di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tiga hari kemudian.

Keluarganya mendakwa, polis memberitahu mereka bahawa Nagarajan meninggal dunia akibat jatuh dalam lokap tetapi mereka sukar untuk mempercayainya kerana kecederaan pada badan mangsa.

Kes itu sedang disiasat sebagai kematian mengejut.

ADS