Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR jelajah kem tentera beri taklimat Boustead-LTAT

Mulai esok, PKR akan memulakan jelajah ke kem tentera utama di negara ini untuk menjelaskan kontroversi Boustead-Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada anggota tentera.

"Kami akan mengadakan ceramah sedekat mungkin dengan kem-kem berkenaan," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sambil menjelaskan bahawa ahli-ahli parti mungkin menghadapi kesukaran masuk ke kem-kem itu.

Bagaimanapun, katanya, veteran tentera yang rapat dengan PKR dari NGO bekas tentera - PAHLAWAN - mempunyai rangkaian dengan anggota tentera di dalam dan sekitar kem-kem tentera, dan mereka akan memanfaatkannya.

Persinggahan pertama mereka ialah di Kem tentera Wardieburn di Setiawangsa, sebelum bergerak ke pangkalan tentera laut di Lumut, kem tentera Sungai Besi, pangkalan tentera laut Port Dickson dan kemudian ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kuantan dan Butterworth.

Tujuan jelajah tersebut ialah untuk menjelaskan kepada anggota tentera bagaimana caruman bulanan mereka kepada LTAT didakwa disalahgunakan melalui Boustead Holdings Bhd untuk membeli syarikat ahli perniagaan Deepak dan juga membayar Ketua Wanita Umno, Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah.

[Baca berita Penuh]

ADS