Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) telah membeli saham Felda Global Venture (FGV) dari pasaran terbuka dalam usaha yang dilihat untuk menyokong harga saham tersebut.

Menurut pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia, dalam bulan Disember sahaja, Felda memperolehi 29 juta saham tersebut melalui anak syarikatnya Felda Holdings Company.

Ini adalah lebih daripada satu pertiga daripada jumlah dagangan sebanyak 83.81 juta saham untuk bulan tersebut.

Pembelian tersebut nampaknya bermula pada bulan Oktober, apabila Felda telah membeli 711,100 saham. Ini semakin bertambah pada bulan November, di mana ia membeli 8,428,200 saham dari pasaran terbuka.

Sebaliknya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjual 18.6 juta saham FGV dalam bulan Disember.

Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan juga turut menjual 597,900 saham pada bulan Disember.

Bagaimanapun, penganalisa kanan CIMB, Ivy Ng percaya bahawa langkah Felda membeli saham FGV 'bukan luar biasa" dan satu langkah yang sah untuk pemegang saham utama FGV.

"Pemegang saham utama IOI juga membeli saham mereka sendiri, jadi saya tidak fikir kita boleh membaca lebih daripada itu," katanya ketika dihubungi.

[Baca berita penuh]

ADS