Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis Daerah Dang Wangi bersetuju dengan permintaan pihak penganjur perhimpunan Sabtu ini untuk membenarkan pesertanya membawa sepanduk, pelekat dan kain rentang pada hari berkenaan.

Ini, bagaimanapun, dengan syarat ia tidak menghina orang lain atau menimbul kekecohan, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berikutan mesyuarat antara pihak polis dengan penganjur perhimpunan itu awal hari ini.

Dalam mesyuarat itu, polis menerima pemberitahuan oleh penganjur Pakatan Himpunan Kebangkitan Rakyat dan bersetuju untuk membantu perhimpunan tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPT).

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mematuhi 27 syarat untuk mengadakan perhimpunan yang diperuntukkan di bawah Akta ini, dengan satu perubahan, iaitu dengan membenarkansepanduk, plakad, slogan dan logo.

[Baca berita Penuh]

ADS