Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Universiti tak galak pelajar sertai perhimpunan esok
Diterbitkan:  Jan 11, 2013 3:30 PM
Dikemaskini: 12:02 PM

Beberapa universiti awam telah mengeluarkan notis tidak menggalakkan pelajar mereka menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur esok.

Hari ini jabatan hal ehwal pelajar Universiti Malaya menyiarkan satu notis di Facebook rasminya bagi mengingatkan bahawa para pelajar tidak digalakkan menyertai perhimpunan tersebut.

"Adalah diingatkan sekarang merupakan musim peperiksaan akhir semester dan ia perlu lebih diutamakan demi masa depan anda semua.

NONE "Kecemerlangan, kesejahteraan dan keselamatan pelajar adalah

keutamaan Universiti," kata notis tersebut.

Sementara itu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meletakkan notis di lamanweb rasmi mereka memberitahu pelajar supaya mengelak menyertai perhimpunan tersebut.

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat itu meminta para peserta menyertai tujuh perarakan ke Stadium Merdeka sebelum perhimpunan esok bermula, termasuk dari masjid Universiti Malaya.

Mereka juga memutuskan hari ini untuk menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat perhimpunan tersebut, dan bukannya Stadium Bukit Jalil seperti yang disyorkan oleh pihak polis.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah apabila ditanya di Twitter responsnya terhadap notis UPSI itu, menjawab dalam tweet: "Nasihat ok, bukan larang".

April lepas, dalam pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), pelajar tidak lagi dilarang mengambil bahagian dalam politik dan memegang jawatan dalam parti politik.

Sementara itu, sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah mengutuk pihak universiti itu kerana dilihat masih terkebelakang dalam menghormati hak-hak pelajar dalam kebebasan berhimpun, kerana dikatakan cuba menghalang penyertaan mereka dalam perhimpunan serentak di Sabah.

Hariyadie Karmin, penyelaras gabungan NGO bagi hak rakyat Sabah (Gegar) dalam satu kenyataan hari ini mendakwa pihak berkuasa UiTM telah menyerbu bilik pelajar mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan Himpunan Sabah Bangkit.

"Baru-baru ini pada 10 Januari, Gegar menerima maklumat bahawa bilik mahasiswi telah diserbu oleh lima lelaki - tiga kakitangan universiti dan dua anggota sukarelawan polis .

"Serbuan dipercayai dilakukan bagi mencari bukti keterlibatan pelajar dalam Himpunan Sabah Bangkit pada 12 Januari dan pengedaran risalah bertajuk 'Hak untuk Berhimpun' yang dimasukkan ke bawah setiap pintu asrama di UiTM baru-baru ini," katanya katanya.

Dalam serbuan di bilik pertama, empat penghuninya,  telah disoal sama ada mereka bertanggungjawab untuk mengedarkan risalah tersebut dan sama ada mereka akan menghadiri perhimpunan esok.

"Sebelum beredar, salah seorang daripada pegawai tersebut telah memberi amaran bahawa sekiranya mahasiswi berkenaan hadiri ke perhimpunan Sabah Bangkit pada 12 Januari, mereka akan dibuang kolej," kata Hariyadie.

Dalam serbuan kedua, pegawai-pegawai pergi melalui buku-buku dan fail penghuni 'dalam mencari bukti, dan didakwa cuba untuk membuka almari mereka. Seorang pegawai juga didakwa memberitahu penghuni bahawa dalang di sebalik risalah adalah bukan Islam cuba menghasut pelajar UiTM.

[Baca berita penuh]

ADS