Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: Anwar mungkin tak jamin imuniti pada Deepak

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata ketua pembangkang parti Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak dapat memberi jaminan untuk memberi imuniti kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan perlindungan penuh bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

"Saya tidak fikir sesiapapun atau Anwar sekalipun dapat memberi jaminan lateral untuk Deepak. Kita kena ikut undang-undang dan juga agensi yang terlibat," kata ketika dihubungi Malaysiakini .

NONE Beliau kesediaan Deepak untuk mendedahkan urusan melibatkan personaliti berkuasa dalam kerajaan dalam perhimpunan mega anjuran Pakatan Rakyat Hari ini.

Deepak berkata beliau sedia berbuat demikian sekiranya Pakatan boleh menjamin imunit kepadanya sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Rafizi menjelaskan, Deepak secara automatik akan gugur status sebagai pemberi maklumat sekiranya bertindak mendedahkan perkara itu melalui kepada umum, seperti tindakan berucap dalam himpunan mega hari ini.

"Undang-undang itu hanya memberi perlindungan sekiranya anda beri maklumat kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysiua) atau kepada polis.

"Tetapi jika dia umumkan dalam perhimpunan atau dalam ceramah, secara automatik akan dibatalkan (perlindungan) bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat," katanya.

deepak 110113 01 Rafizi berkata itu hanyalah pendapat peribadinya dan menyerahkan perkara itu untuk diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Saya rasa ia adalah keputusan politik yang saya serahkan kepada Pakatan," katanya lagi.

Deepak hari ini muncul di kalangan penyokong Pakatan Rakyat di Stadium Merdeka pagi ini, kira-kira tiga jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat dijadualkan bermula.

Deepak yang mengenakan baju-T dan berkasut sukan berliau pada mulanya berarak bersama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laun pada jam 11 pagi.

"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat  petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Sementara itu, pengerusi sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu berkata penganjur tidak akan melayani permintaan Deepak Jaikishan untuk berucap di Stadium Merdeka.

"Tak adalah, kita sudah ada banyak NGo nak cakap, tak ada ruang, tak adalah," katanya.

Laporan tambahan oleh Lee Way Loon.

ADS