The Star akan mohon maaf pada Rosli Dahlan

Peguam kanan Rosli Dahlan hari ini bersetuju untuk menarik balik saman fitnah ke atas akhbar milik MCA, The Star yang difailkan pada 2009, berhubung laporan mengenai penahanan dan pendakwaan pada hari sebelum Hari Raya pada 2007.

The Star akan mengeluarkan notis permohonan maaf dalam laporannya esok dan membayar gantirugi kepada tiga organisasi kebajikan yang dipilih Rosli, selain membayar kos.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hasnah Hashim manakala kes yang sepatutnya didengar di hadapan Hakim Hew Siew Keng ditarik balik.

Hakim Hasnah juga memerintah The Star membayar kos kepada Rosli.

Rosli berkata samannya ke atas The Star merupakan antara usaha untuk membersihkan namannya apabila beliau dimalukan dengan penahanan Badan Pencegah Rasuah daripada firma Lee, Hishammuddin Aleen and Gledhill, lima tahun lalu.

Pada masa itu, beberapa akhbar diberikan maklumat mengenai dirinya yang didakwanya tidak benar, dan seterusnya dilabel sebagai isu Copgate.

Ia turut menyebabkan beliau dituduh dengan dakwaan tidak mematuhi satu notis BPR untuk mendedahkan segala maklumat mengenai asetnya.

Rosli dilepaskan daripada tuduhan berkenaan pada 2001. Pejabat Peguam Negara mengemukakan rayuan namun menarik balik rayuan tersebut pada tahun lalu.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.