Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menjadi tempat pendengaran inkuiri Suruhanjaya Dirajaya mengenai imigran Sabah dipindahkan hari ini berikutan satu ancaman bom.

NONE Pengerusi RCI Tan Sri Steve Shim Lip Kiong menangguh inkuiri berkenaan pada jam 2.47 petang selepas setiausaha suruhanjaya Sarupuddin Kassim mendekatinya dan memberitahu sesuatu.

Shim mengumumkan penangguhan berkenaan dan polis kemudiannya memasuki ruang mahkamah dan mengiringi semua individu ke luar kawasan mahkamah.

NONE Polis di lokasi enggan memberi sebarang maklumat namun meminta orang ramai supaya menunggu di seberang jalan di luar mahkamah kerana mungkin timbul "bahaya".

Polis memberi arahan melalui pembesar suara supaya orang ramai menjauhi kawasan tersebut sehingga selesai siasatan.

Satu unit pemusnah bom tiba 15 minit kemudian dan menutup satu bahagian di Jalan Pantai, yang setentang dengan bangunan mahkamah.

Polis turut membawa seekor anjing pengesan pada jam 3.20 petang untuk memeriksa kawasan mahkamah dan juga kenderaan di luar bangunan mahkamah.

NONE Pemindahan itu menarik perhatian orang ramai yang memerhati dari luar pintu mahkamah dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, seorang ketua polis daerah Kota Kinabalu Jauteh Dikun berkata operator mahkamah menerima panggilan mengenai ancaman bom pada jam 2.30 petang.

Katanya, pemanggil itu mendakwa satu bom dibungkis beg pastik diletakkan di dalam satu tong sampah.

Susulan itu, pasukannya bertindak memindahkan orang ramai daripada bangunan mahkamah tersebut, katanya.

Pasukannya bagaimanapun tidak menjumpai apa-apa selepas pemeriksaan dilakukan, katanya dan menambah, panggilan berkenaan mungkin bertujuan untuk mengganggu prosiding RCI hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS