'Tak salah jika jumlah peserta lebihi kapasiti stadium'

Naib presiden PKR N Surendran berkata tiada undang-undang di negara ini yang menyatakan kesalahan kerana membawa jumlah peserta lebih besar daripada kapasiti stadium.

Surendran berkata siasatan polis ke atas penganjur himpunan 12 Januari juga merupakan perakuan bahawa perhimpunan itu menarik penyertaan besar.

"Bagaimanapun, ia bukan satu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang sekiranya orang ramai melebihi kapasiti. Ia bukan perbuatan jenayah. Polis tiada apa yang lebih baik untuk disiasat selain perkara ini," katanya.

Surendran berkata beliau menganggarkan jumlah peserta dalam perhimpunan itu sekitar 200,000 orang.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam bahawa pasukan itu menyiasat penganjur berhubung tiga pelanggaran syarat, termasuk melampaui jumlah kapasiti 30,000 bagi Stadium Merdeka.

Turut disiasat adalah dakwaan membawa kanak-kanak bawah usia 15 tahun ke perhimpunan dan membawa poster serta kain rentang yang didakwa menghasut.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.