Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Polis tetap profesional walau dicaci segelintir peserta

Polis melaksanakan undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 secara profesional biarpun terdapat provokasi daripada pihak pembangkang yang cuba mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan anjuran pembangkang di Stadium Merdeka Sabtu lalu.

    

NONE Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memuji anggota dan pegawai yang bertugas kerana telah menjalankan tugas secara profesional walaupun mereka dicaci peserta perhimpunan namun dengan penuh sabar pasukan polis dapat mengawal keadaan dan memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman.

    

"Saya memuji anggota saya walaupun mereka diprovokasi namun tetap menjalankan tugas dengan profesional sehingga perhimpunan tersebut berlangsung dan berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Transformasi Perundangan berhubung keselamatan dan hak asasi di ibunegara hari ini.

    

Mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan semasa perhimpunan tersebut, beliau berkata ia akan diteruskan dan akan ditambahbaik kerana ia dilihat berkesan dalam menjadikan sesuatu perhimpunan itu berjalan lancar.

    

"Ini juga kerana kerjasama dari semua pihak dalam mematuhi undang-undang sehingga menjadikan perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar," katanya.

    

NONE Mengulas mengenai kertas siasatan yang dibuka berhubung tindakan segelintir peserta perhimpunan yang membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan, Imail berkata beliau berkata akan menghantar kertas siasatan kepada pihak pendakwaraya setelah laporan penuh diterima.

    

Sabtu lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis mendapati penganjur perhimpunan melakukan tiga kesalahan mengikut Aktaa Perhimpunan Aman iaitu membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan

yang melebihi 30,000 orang.

    

Menurut akta itu, seseorang itu melakukan kesalahan jika bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan.

    

Mereka juga melanggar akta itu jika menyertai dan menganjur protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak–kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan.

- Bernama

ADS