Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Walau pemimpin Umno menjauhkan diri daripada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, panelis yang menegur seorang pelajar Universiti Utara Malaysia dalam satu forum, Sharifah Zohra didapati aktif di kalangan kelompok Umno.

Semakan dengan ibu pejabat parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mengesahkan bahawa Sharifah Zohra merupakan bekas timbalan ketua Wanita Kimma.

NONE Jawatan beliau itu kini diisi timbalan ketua Wanita Kimma sekarang, Nafisah Mammoo.

Kimma merupakan ahli gabungan Umno yang mendakwa mewakili kepentingan masyarakat India Muslim dan berkempen untuk BN dalam pilihan raya sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan perhimpunan agung Kimma pada Oktober tahun lalu dan menyifatkan parti itu sebagai parti yang "dekat dan rakan setia BN".

Kakitangan ibu pejabat Kimma yang mengesahkan jawatan Sharifah Zohra dalam parti bagaimanapun tidak mengetahui tempoh jawatannya sebagai timbalan ketua Wanita Kimma.

Carian di Google juga menunjukkan beliau menjawat jawatan itu pada akhir 2011 dan gambarnya turut dirakam bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam satu program di Tanjung Bidara, Melaka.

NONE Kain rentang berkenaan menunjukkan Sharifah Zohra sebagai salah seorang daripada dua orang kenamaan dalam program yang turut melibatkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Tulisan Sharifah Zohra di Facebook pada Februari 2011 ketika menjemput orang ramai menghadiri program Kimma turut menyatakan jawatannya sebagai timbalan ketua Wanita.

Perkara ini bercanggah dengan dakwaan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa Sharifah Zohra dan NGO Suara Wanita 1Malaysia yang diketuai Sharifah Zohra mempunyai hubungan dengan BN.

"Dan berhubung isu UUM. Tolong dengar kata saya: Jabeen ini tidak mewakili BN. Muktamad," kata Khairy dalam tulisan di Twitter semalam.

[Baca berita penuh]

ADS