Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masalah air: 'Jangan tunggu p'raya untuk bantu kami'

Penduduk yang menghadapi masalah gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang meminta agar kerajaan tidak menunggu sehingga pilihan raya umum untuk membantu mereka.

Tinjauan Malaysiakini di sekitar Taman Dagang, Taman Pandan Jaya dan Bandar Tasik Permaisuri mendapati, penduduk yang menghadapi masalah bekalan air juga meminta agar isu tersebut diselesaikan segera.

NONE Seorang penduduk dari Bandar Tasik Permaisuri, Mohd Hafiz Hassan, 28, (kanan) berkata masalah air yang dihadapi rakyat sepatutnya diselesaikan dengan segera serta tidak menuding jari antara satu sama lain.

"Hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya tiada air. Biar tiada elektrik dari tiada air. Air ini untuk rakyat datang dari tuhan bukan dia (kerajaan) cipta. Selesaikan sebaik mungkin. Tak perlu tunggu lama-lama. Air ini bukan hak sesiapa.

"Tak perlu tunggu pilihan raya umum untuk bantu. Kita sekarang dapat menilai sama ada kerajaan mana yang baik atau buruk. Dari situ boleh menilai sama ada betul-betul ikhlas atau sebaliknya," katanya ketika ditemui Malaysiakini semalam.

Selain itu beliau juga meminta agar semua pihak yang terbabit dalam masalah ini bekerjasama menyelesaikan masalah yang telah melanda hampir sebulan itu.

Menurut Hafiz yang enggan menyalahkan mana-mana pihak juga meminta agar pihak kerajaan persekutuan telus tentang siapa yang perlu dipertanggungjawab dalam masalah itu.

"Kita sebenarnya perlu tahu pucuk pangkal siapa entiti yang betul-betul menguruskan syarikat air ini, sama ada kerajaan persekutuan atau negeri.

NONE

"Kerajaan (persekutuan) tak telus tentang siapa yang patut dipertanggungjawab. Ramai kata SYABAS, Kerajaan Negeri, ada yang kata kerajaan persekutuan. Jadi kita nak tau betul-betul siapa. Bagi saya jangan bagi rakyat terbeban," katanya lagi.

Selain itu, menurut pekerja kedai gunting rambut, Fenny yang telah bekerja di kedai tersebut hampir tiga tahun berkata, masalah gangguan air di kawasan Bandar Sri Permaisuri merupakan kali pertama berlaku.

Jelasnya, selain sukar untuk melakukan kerja, beliau juga memberitahu bahawa masalah gangguan air itu juga menyebabkan pelanggan yang datang ke kedainya berkurangan.

"Susah. Kita buat kerja semua guna air. Tak ada air kita boleh gunting sahaja. Tak ada sampai tutup kedai tapi perniagaan kurang sebab tak ada air.

"Ada juga ini sebab politik tapi saya tiada komen sebab tak suka dengar. Janganlah suka-suka hari ini beri air, esok tutup pula. Kalau boleh cepat ada air," katanya.

NONE Sementara itu, bagi seorang peniaga gerai makanan di Taman Dagang, Izainiza Darus, 40, (kiri) pula berkata, beliau berterima kasih kepada pihak SYABAS kerana berjaya menyediakan tong dan memberikan air semasa masalah bekalan air itu berlaku.

Izainiza yang telah tinggal di pangsapuri Taman Dagang selama 18 tahun itu berkata, masalah itu merupakan kali pertama berlaku sepanjang beliau tinggal di kawasan itu.

"Ini pertama kali berlaku. Sebelum ini kalau berlaku pun sejam, dua jam atau beberapa hari. Tapi kali ini paling teruk. Memang terganggu bila ada masalah air sebab saya berniaga makanan. Nak tak nak saya terpaksa angkut air dari tempat lain.

"Apa pun saya berterima kasih kepada SYABAS sebab bila kita minta mereka datang hantar. Saya memang tak sokong kerajaan negeri, kata nak bantu rakyat, ringankan beban rakyat tapi sekarang apa yang dia dah buat. Bagi akak (masalah air) memang salah kerajaan negeri. SYABAS tak salah," katanya.

NONE Bagi seorang warga emas Aziz Sulaiman, 74, (kanan) pula berkata disebabkan masalah gangguan air yang berlanjutan itu, isterinya kini sakit kerana mengangkat air .

Aziz (kanan) yang tinggal di tingkat dua, pangsapuri Taman Dagang itu berkata, beliau juga kini mengalami masalah sakit kaki.

"Saya dah tinggal 13 tahun dan tak pernah jadi macam ini. Bila tak ada air, saya kena angkat ke tingkat dua. Tak ada siapa nak tolong. Saya naik satu tangga kemudian berhenti. Kaki saya sekarang dah sakit. Saya dah tua. Isteri saya sekarang dah sakit tak boleh berjalan dah.

"Saya tak tahu nak salahkan siapa, kerajaan negeri ke atau SYABAS. Saya tak nak salahkan sesiapa. Tapi sekarang masalah ini menyusahkan kita. Rakyat yang susah. Harap-harap biarlah cepat selesai, tak adalah kita terseksa sangat," katanya lagi.

Bagi seorang penduduk Taman Pandan Jaya, S Muniandy, 51, pula berkata, masalah gangguan air yang berlaku tidak boleh dipersalahkan terhadap kerajaan negeri seratus peratus.

NONE Menurutnya, SYABAS yang perlu bertanggungjawab memandangkan syarikat itu bukan berada di bawah kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Muniandy (kiri) yang telah tinggal di kawasan itu hampir 13 tahun berharap agar kejadian gangguan bekalan air ini tidak berulang.

"Benda ini tak boleh nak salahkan kerajaan negeri. SYABAS yang perlu ambil tanggungjawab. Kalau tanya pendapat saya, saya rasa ini ada unsur politik.

"Tapi saya berharap masalah ini tak berulang sebab air keperluan asas rakyat," katanya.

ADS