Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR minta polis, AG henti buru peserta himpunan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis dan peguam negara supaya melihat realiti demokrasi semasa dan tidak memburu peserta perhimpunan yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu lalu.

kl112 rally people's uprising anwar ibrahim crowd story Anwar berkata tindakan polis yang meneruskan siasatan ke atas penganjur dan peserta dibuat secara tidak jujur sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri berterima kasih kepada penganjur atas perhimpunan aman itu.

“Kami mengikut segala syarat ditetapkan. Saya sendiri diberitahu polis supaya tidak berarak keluar, yang saya patuhi. Kami tamatkan perhimpunan pada jam 5 petang, seperti yang kami patuhi," katanya.

Ditanya mengenai siasatan polis ke atas dakwaan pelanggaran syarat perhimpunan itu, Anwar berkata perkara itu perlu dihentikan.

“Pada mulanya Umno kata jangan adakan, (kemudian) Najib kata terima kasih, manakala (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) kata pergi ke Stadium Nasional di Bukit Jalil dan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaa (Datuk Seri Rais Yatim) kata ini perhimpunan haram.

"Saya fikir ini sudah cukup. Hentikanlah," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS