Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang balu, Lim Wei Ni berjaya mendapat kebenaran polis untuk menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat suaminya – yang mati dalam tahanan polis – selepas menunggu kira-kira dua jam di hadapan ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

NONE Peguamnya Gobind Singh Deo berkata mereka mendapat makluman daripada bahagian perundangan Bukit Aman bahawa pasukan itu tiada halangan untuk membuat bedah siasat kedua ke atas mayat Chang Chin Te.

"Kita dapat berita baik, difahamkan (polis) Bukit Aman memberi maklum balas bahawa polis tidak ada halangan dengan permohonan keluarga untuk bedah siasat kali kedua

"Sekarang pihak hospital akan menghubungi pihak polis untuk mendapatkan pengesahan pihak polis supaya bedah siasat itu diteruskan," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis itu petang ini.

NONE Beliau mendapat makluman tersebut daripada polis selepas menghubungi Ketua Perundangan Bukit Aman Datuk Razali Basri pada kira-kira jam 3.30 petang ini.

Menurut Gobind lagi, sekiranya tiada perkembangan berhubung perkara tersebut, pihaknya akan kembali dan mengadakan protes di hadapan ibu pejabat polis itu esok.

Lim yang turut ditemani kira-kira 30 orang penyokong pada awalnya hadir ke Bukit Aman pada kira-kira jam 1.30 petang untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagi permohonan tersebut.

NONE Beliau mahu bedah siasat kedua itu diteruskan bagi mengenalpasti sebab kematian Chang, dan seterusnya untuk menguruskan pengebumian pemuda tersebut.

"Bagaimana nak buat urusan pengkebumian kalau tak ada sebab-sebab kematian," kata Gobind yang juga ahli parlimen Puchong.

Beliau juga akan mengadakan kutipan derma bagi membantu keluarga mangsa menanggung kos bedah siasat kali kedua seperti mana yang diminta oleh polis.

Sementara itu, dalam memorandum itu, Gobind memohon supaya Ismail mengesahkan sama ada Balai Polis USJ 8 dilengkapi dengan perakam CCTV seperti mana yang disyorkan oleh timbalan menteri dalam negeri di Parlimen baru-baru ini.

"Kami memohon salinan rakaman CCTV yang menunjukkan pergerakan si mati semasa dalam tahanan di Balai Polis USJ 8 tersebut diberikan atau ditunjukkan kepada kami dengan kadar segera," memorandum itu dipetik.

NONE Memorandum tersebut diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman DSP Lai Lee Ching di pintu masuk ibu pejabat polis itu.

Sementara itu, isteri mendiang Lim turut merayu kepada polis supaya membenarkan keluarganya untuk mengadakan bedah siasat kali kedua, menyebabkan dia mengalirkan air mata. Lai turut kelihatan sebak. 

ADS