Politweet kurangkan anggaran peserta KL112 kepada separuh

Firma penyelidikan trend Twitter - Politweet - telah mengurangkan anggarannya mengenai jumlah kehadiran peserta di Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) Sabtu lalu kepada separuh.

Sehari selepas perhimpunan, Politweet menganggarkan seramai 136,037 151,185 orang hadir berdasarkan keluasan kawasan yang dipenuhi para hadirin.

Dalam posting di halaman Facebooknya semalam, Politweet telah menyemak semula jumlah tersebut kepada antara 63,976 dan 78,193 orang.

Ini adalah kerana ia telah mengurangkan keluasan kawasan yang dipenuhi hadirin daripada 424,149.14 kaki persegi kepada 275,532.03 kaki persegi selepas membuat analisis lanjut terhadap gambar dan video himpunan tersebut.

Anggaran kepadatan orang ramai juga meningkat dari 3.5 hingga 4 kaki persegi setiap orang, kepada 4 hingga 12 kaki persegi setiap orang.

Berdasarkan formula ini, Politweet menganggarkan terdapat 19,775 orang di luar Stadium Merdeka ketika puncak perhimpunan itu, dengan margin kesilapan untuk anggaran itu sebanyak 10 peratus.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.