'Rakyat Pakistan, India jadi warga M'sia selepas 2 tahun'

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah hari ini mendengar bagaimana dua lelaki yang tiba di Malaysia sebagai rakyat Pakistan dan India, mendapat kewarganegaraan dalam beberapa tahun sahaja.

Memberi keterangan hari ini ialah Mohamed Hussein, dari kumpulan Pashtun Pakistan, yang terbang ke Kuala Lumpur dari Karachi pada 1987, menggunakan pasport negara itu.

Dia kemudiannya menaiki kapal terbang ke Kota Kinabalu sebelum menetap di Tawau.

"Pada 1988, seorang rakyat Pakistan bersama beberapa lelaki  Malaysia menemui saya dan menawarkan dokumentasi kerakyatan Malaysia," kata Mohamad dalam siasatan RCI di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Beliau berkata, syaratnya ialah dia mesti berhasrat menetap di Malaysia dan menjadi pengundi walaupun tidak diberitahu untuk mengundi mana-mana parti.
 
"Mereka membawa saya ke Jabatan Pendaftaran Negara, mengisi borang untuk saya - kerana saya tidak tahu membaca dan menulis - kemudian mengambil tandatangan dan cap jari saya," kata Mohamed.

Dia kemudiannya menyerahkan pasport Pakistan miliknya dan menerima resit pengenalan sementara.

Dia menerima kad pengenalan biru pada 1989, dua tahun selepas tiba di Malaysia dan menjadi pengundi di Tawau dan kemudiannya di Papar.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.