Siasatan RCI: Komander Moro jadi pemastautin tetap
Diterbitkan: Jan 18, 2013 3:20 PM | Dikemas kini: Jan 18, 2013 3:51 PM
Seorang komander pemberontak dari Filipina yang kini menjadi pemastautin tetap di Malaysia hari ini berkata dia dan enam komander lain dan pegawai-pegawai dari Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) memasuki Sabah pada tahun 1975.
Memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, Abdul Khalil Arani, yang juga dikenali sebagai 'komander Janggut' berkata kumpulannya tiba di Sandakan, Sabah, dari Mindanao dalam motorbot MNLF.
"Kami telah kehabisan peluru dan makanan dan kita mahu mencari bantuan dari sebuah negara Islam," kata Khalil merujuk kepada konflik antara kerajaan Presiden Ferdinand Marcos ketika itu dengan penduduk Islam di selatan Filipina.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.