Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis minta Ngeh buat laporan kemalangan di Sitiawan

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham diminta membuat laporan polis berhubung kemalangan yang membabitkan 10 buah kenderaan

termasuk milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Sitiawan Jumaat minggu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata laporan itu perlu bagi membantu siasatan polis.

"Kita kena ambil keterangan individu yang membuat laporan untuk

membantu kita lengkapan siasatan selain mengambil maklumat daripada saksi bebas yang melihat apa sebenarnya berlaku ketika kejadian," katanya kepada pemberita di majlis penyampaian sijil Perkhidmatan Cemerlang 2011 anggota bagi peringkat daerah Ipoh dan Batu Gajah di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini polis mengambil keterangan daripada dua individu dan saksi lain yang melihat kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat.

Mohd Shukri juga berkata polis tidak menyembunyi sebarang fakta mengenai kejadian itu.

"Apa yang kita maklumkan kepada media adalah daripada maklumat yang telah kita perolehi. Jika kita menerima maklumat baru, kita akan dedahkan dengan sewajarnya," katanya.

Dalam kemalangan itu, kenderaan pacuan empat roda JPJ Seri Manjung diterbalik dan dibakar orang ramai di Km12 Jalan Sitiawan-Ipoh berhampiran Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar.

Kemalangan itu turut melibatkan sebuah lori sawit, sebuah lori pasir, dua bas sekolah, tiga kereta, sebuah jip dan sebuah motosikal serta turut mengakibatkan empat orang cedera parah dan 11 cedera ringan.

- Bernama

ADS