Kementerian minta polis siasat penyebaran Bible ke sekolah

Bernama        

Kementerian Pelajaran hari ini meminta polis menyiasat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan bible berbahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang negara dan membangkitkan kemarahan masyarakat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Wang Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bunohan, di Tumpat.

Hadir sama, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussin Awang dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Abdul Aziz Abdullah.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik dakwaan Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail bahawa dua lelaki mengedar Bible kepada pelajar beragama Islam di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong dua hari lepas.

Sementara itu, beliau meminta DAP menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat ketelusan dalam pemilihan jawatankuasa pusat parti itu.

- Bernama

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In