PKR pasang papan tanda simbolik di tanah Bukit Raja

Wanita PKR hari ini memasang papan tanda di salah satu daripada lot tanah di Bukit Raja yang didakwa diperolehi Ketua Wanita Umno Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Papan tanda berkenaan – yang dipasang ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin – merupakan tindakan simbolik bagi menyatakan komitmen mereka untuk menghalang urusniaga tanah kontroversi melibatkan Raja Ropiaah.

NONEKerajaan persekutuan menganugerahkan tanah berkenaan kepada syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada bayaran untuk membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) untuk Kementerian Pertahanan.

Projek Puspahanas masih belum siap namun lot tanah di Bukit Raja itu mencetus kontroversi selepas Raja Ropiaah didakwa menjual tanah berkenana kepada dua pihak, termasuk ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Suruhanjaya Tanah Persekutan bagaimanapun masih belum menyerahkan tanah berkenana kepada Raja Ropiaah.

Dalam satu perkembangan mengejutkan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera bawah Kementerian Pertahanan mengumumkan pada Disember lalu mengumumkan bahawa syarikat Boustead Holding Bhd yang dikuasai LTAT akan membeli tanah di Bukit Raja itu dari Raja Ropiaah.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.