Sharifah enggan bersemuka dengan Bawani

Pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menafikan dakwaan bahawa beliau akan bersemuka dengan pelajar Universiti Utara Malaysia KS Bawani dalam forum.

NONE"Tidak, saya tidak pernah bersetuju untuk hadiri dalam mana-mana debat," katanya kepada Malaysiakini dalam satu kiriman SMS.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai laporan dalam laman Astro Awani yang mendakwa Sharifah mengesahkan untuk hadir dalam forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada malam esok.

Forum berhubung kebebasan akademik dan hak asasi itu merupakan program anjuran kumpulan siswa dan anak muda termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpunan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan Independent Students Front (Instef).

Selain Sharifah dan Bawani, program itu juga akan dihadiri pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Maszlee Malik dan seorang bekas profesor kampus tersebut, Abdul Aziz Bari.

Penganjur dikesan memuatkan satu gambar di laman sosial yang mempromosikan bahawa Sharifah merupakan salah seorang anggota panel.

Kumpulan berkenaan sebelum ini menghantar wakil ke pejabat SW1M untuk menyerahkan satu surat jemputan kepada Sharifah, manakala Bawani mengesahkan kehadirannya ke forum tersebut.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.