Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu kalimah Allah: MCA dakwa Guan Eng 'batu api'

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyalahkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang didakwanya sebagai "batu api" dalam isu penggunaan kalimah Allah sehingga menyebabkan pertikaian di antara masyarakat berbilang agama dan bangsa.

NONE Katanya, kenyataan Lim itu menyebabkan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mengancam untuk membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

"Saya cuma mahu katakan bahawa Lim Guan Eng hanyalah batu api. Apabila rakyat berbilang kaum berbalah, jadi situasi tegang, dia harap dia boleh menang," kata Chua dalam satu sidang media semalam.

Beliau mendakwa pembangkang mempolitikkan isu kalimah Allah yang menurutnya sudahpun diselesaikan sejak kemerdekaan.

[Baca berita penuh]

ADS