Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng 'batu api' isu kalimah 'Allah', dakwa Soi Lek

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi "batu api" dalam isu semasa berhubung penggunaan kalimah 'Allah', dengan mendakwa Lim telah mencetuskan pertelagahan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama.

2012 selangor dap convention 041112 lim guan eng Menurutnya, kenyataan Lim itu telah mengakibatkan Presiden

PERKASA, Datuk Ibrahim Ali mengancam untuk membakar Bible versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

"Saya ingin mengatakan bahawa Lim Guan Eng (kiri) hanyalah 'batu api'. Apabila pertelagahan antara rakyat berbilang kaum menjadi tegang, beliau berharap beliau boleh menang," kata Chua dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat majlis presiden parti itu semalam petang.

Beliau berkata pembangkang telah mempolitikkan isu kalimah Allah, yang sebenarnya telah diselesaikan sejak kemerdekaan negara.

NONE "Ianya kerana segala-galanya dipolitikkan oleh pihak pembangkang, isu kalimah Alah juga telah dipolitikkan, sesuatu yang agak malang.

"Ia tidak pernah menjadi masalah, jadi mengapa ia tiba-tiba menjadi masalah? Tidak ada keperluan untuk menambah kepada perdebatan dan memanjangkan isu yang semuanya telah diselesaikan apabila kita mencapai kemerdekaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata Ibrahim tidak sepatutnya membuat kenyataan menyeru umat Islam membakar Bible versi Bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah Allah, dan Chua berharap semua rakyat Malaysia akan saling menghormati agama satu sama lain.

"Semua orang perlu saling hormat menghormati. Tidak perlu untuk mengancam rakyat dengan membakar Bible," tambahnya.

[Baca berita penuh]

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |

 

ADS