Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan sebanyak RM129 bilion bagi tahun ini selepas mencapai kutipan yang cukup memberangsangkan tahun lepas.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sasaran awal kutipan tahun lepas adalah RM110 bilion tetapi pada akhir tahun, jumlah kutipan yang berjaya dilakukan adalah RM124.8 bilion.

"Pada akhir 2011, pada awalnya kami menetapkan RM110 bilion sebagai sasaran setelah kami yakin angka berkenaan boleh dicapai. Semasa tahun berkenaan, kami dapati kutipan lebih tinggi daripada RM110 bilion, jadi kami menaikkan kepada RM115 bilion, kemudian RM118 bilion dan selepas itu RM123.6 bilion.

"Sebenarnya bukan mudah untuk dicapai. Kami mengubah empat kali. Bagaimanapun, pada akhir tahun kami mencapai RM124.8 juta. Ini bukan sahaja mencapai sasaran oleh Kementerian Kewangan tetapi rekod bagi negara kita. Tahap kecekapan LHDN telah meningkat. Hasilnya, mereka berjaya mendapat kutipan yang lebih tinggi," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil

Sungai Petani di Bandar Amanjaya hari ini.

Beliau berkata berdasarkan prestasi tahun lepas, kementerian yakin sasaran RM129 bilion kepada LHDN akan dapat dicapai tahun ini.

Beliau berkata kutipan yang lebih tinggi oleh LHDN dan Kastam akan membantu Malaysia mempunyai lebih banyak lebihan operasi.

"Berikutan kutipan yang tinggi, Malaysia tidak pernah dalam defisit operasi, selalu lebihan operasi. Lebihan ini kita boleh gunakan sebahagiannya untuk perbelanjaan pembangunan. Jika tidak dapat membiayai secara dalaman barulah kita pinjaman untuk perbelanjaan pembangunan," katanya.

-Bernama

ADS