Kad ucapan PM bantu Pakatan kesan pengundi hantu

Kad tahun baru yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengundi di Selangor secara tidak langsung telah membantu Pakatan Rakyat untuk mengesan pengundi 'hantu'.

Wakil rakyatnya kini meminta pengundi untuk melaporkan kepada pusat perkhidmatan terdekat yang dikendalikan oleh Pakatan jika kad yang dihantar ke alamat mereka ditujukan kepada orang yang tidak dikenali.

NONEADUN PKR Rawang Gan Pei Nei (kiri), yang juga anggota sekretariat
Pakatan Selangor, memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya memutuskan dalam mesyuaratnya pada hari Isnin untuk mengumpul maklumat tersebut dari pengundi.

Beliau berkata tiga ADUN - Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Halimah Ali (Selat Klang) dan beliau sendiri - telah membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat itu, selepas mereka menerima aduan.

"Saya menerima aduan dari seorang penduduk di Rawang bahawa kad yang diterimanya, dialamatkan kepada seorang wanita India," kata Gan.

"Dia bertanya kepada jiran-jirannya tetapi tidak seorang pun kenal wanita tersebut. Jadi dia mengesyaki wanita itu adalah pengundi 'hantu'. Kami akan menyemak aduan ini. "

Aduan akan disemak

Gan berkata Teng mendedahkan seorang pengundi di kawasan pilihan rayanya terkejut apabila menerima kad atas namanya dan alamat baru, kerana dia telah berpindah tetapi belum lagi mengemaskini alamatnya dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

azlanKata Gan, jika kes-kes ini disahkan, Pakatan akan memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gan telah meletakkan mesej di laman Facebook beliau yang menyeru
pengundi memberi maklumat kepada Pakatan jika mereka menerima kad ucapan yang 'mencurigakan'.

Isnin lalu, Exco Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah mempersoalkan bagaimana BN mendapat alamat terkini pengundi, dan sama ada BN atau kerajaan yang membiayai kos kad tersebut.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa bahawa satu kajian oleh kerajaan negeri Selangor terhadap pengundi baru dalam suku keempat 2011, mendapati kira-kira 134,000 yang tidak dapat dikesan.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.