Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan Hijau gunting kad kredit protes terhadap HSBC

Himpunan Hijau hari ini mengadakan protes di depan ibu pejabat HSBC Malaysia di Kuala Lumpur, kerana membantah hubungan perniagaan bank tersebut dengan syarikat nadir bumi Lynas Corporation.

NONE Pengerusinya, Tack Wong mengetuai protes bersama dengan 15 ahli kumpulan anti-Lynas itu, kesemuanya berpakaian baju-T hijau.

Sebagai tanda protes, Wong Tack, ahli jawatankuasa pemandu Lee

Chin Chen dan ahli kumpulan itu Connie NONE Chong, mengunting kad kredit, sambil menggesa orang ramai "memutuskan urusan perniagaan" dengan bank tersebut.

Mereka mendakwa bank tersebut menjalankan urusniaga dengan

syarikat yang mengendalikan operasi loji nadir bumi Lynas di di Gebeng, Kuantan, yang telah menimbulkan kebimbangan bahayanya terhadap alam sekitar.

Lebih 10 anggota polis dilihat berada di situ tetapi mereka tidak mengganggu kumpulan tersebut.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Wong yang baru saja tiba dari Sabah, berkata kad yang diguntingnya itu adalah milik abangnya.

Katanya, abangnya itu, seorang guru, menyerahkan kad itu pagi ini semasa menghantarnya ke lapangan terbang.

[Baca berita penuh]

ADS