Anwar: PM tersilap langkah untuk menangi hati masyarakat Islam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah tersilap langkah di peringkat antarabangsa dalam usaha untuk memenangi hati masyarakat Islam dengan menbuat lawatan tergesa-gesa ke Gaza, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEAnwar (kanan) menganggap perdana menteri tidak bijak dalam
lawatannya ke Gaza tanpa mengikut protokol yang biasanya diikuti oleh ketua-ketua negara lain.

"Tiada masalah melawat kedua-dua Tebing Barat atau Gaza... tetapi saya fikir beliau tidak bijak kerana beliau sepatutnya mengunjungi kedua-dua bahagian tersebut,"katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Anwar berkata, dalam usahanya untuk mengambil hati masyarakat Melayu di sini, Najib gagal untuk mengiktiraf pentingnya menunjukkan dasar luar negara yang adil dan seimbang di Palestin untuk menggalakkan kedua-dua pihak utama di sana bekerjasama dan menjalin perpaduan.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengkritik Najib, dengan menuduhnya cuba untuk memecahkan politik Palestin berikutan laporan mengenai lawatannya pada 22 Januari ini dalam media Malaysia.

Palestin secara berasingan ditadbir oleh parti Hamas dan Fatah, masing-masing di Gaza dan Tebing Barat.

Ismail Haniyeh adalah perdana menteri kerajaan Hamas selepas pilihan raya 2006, tetapi masyarakat antarabangsa enggan mengiktiraf mereka.

Sebaliknya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud sebagai wakil sah Palestin.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.