Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga Sugumar mahu bedah siasat kedua disegera

Tidak yakin bahawa Sugumar Chelliah, 39, mati akibat serangan jantung selepas dikejar polis, keluarganya mahukan bedah siasat kedua untuk menentukan kebenarannya.

NONE Ketika dihubungi, seorang peguam keluarga mangsa, Latheefa

Koya (kanan) berkata keluarga Sugumar berharap bedah siasat kedua dilakukan secepat mungkin.

"Kami pasti mengatur bedah siasat kedua. Kami sedang mencari hospital lain dan seorang pakar patologi yang bersedia melakukannya. Kami tidak pasti bila ... harap-harap hari ini," katanya.

Latheefa menambah keluarga itu tidak yakin dengan bedah siasat pertama oleh Hospital Serdang kerana mendakwa institusi itu mempunyai sejarah memalsukan bedah siasat seperti dalam kes kematian A Kugan yang mati dalam tahanan.

Dalam kes Sugumar, bedah siasat Hospital Serdang membuat kesimpulan dia meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.      

Saksi, bagaimanapun, mendakwa Sugumar, seorang pengawal keselamatan, dikejar oleh empat anggota polis kerana merosakkan harta benda awam, dan kemudiannya digari, mukanya berlumur serbuk kunyit dan didakwa dipukul hingga mati di Taman Pekaka, Hulu Langat .

NONE Dalam laporan hari ini, akhbar pro-kerajaan, Utusan Malaysia

memetik Ketua CID Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah sebagai berkata mereka telah mengambil kenyataan 11 saksi di mana 10 daripadanya mendakwa anggota polis tidak memukul mangsa..

Mohd Adnan dilaporkan berkata seorang daripada saksi tersebut adalah mangsa yang dipukul di kepalanya oleh suspek (Sugumar).

Bagaimanapun, Latheefa menegaskan terdapat sekurang-kurangnya tiga orang saksi yang telah melihat kejadian itu tetapi polis masih belum merekodkan kenyataan mereka.

[Baca berita penuh]

ADS