Peguam: Bible dalam apa bahasa pun tetap Bible

Peguam hak asasi manusia Siti Zabedah Kasim berkata PERKASA boleh membuat seberapa banyak laporan polis yang mereka mahu terhadapnya kerana didakwa memfitnah Presiden NGO itu, Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataan membakar Bible.

Katanya, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

Peguam itu berkata, tidak kira sama ada ia Bible bahasa Melayu, Bible bahasa Inggeris, Bible Kadazan atau Bible Tamil, isunya dawaknya, ialah Ibrahim menghasut pembakaran Bible.

Beliau mengulas tindakan Ketua PERKASA Negeri Sembilan, NONE
Mohd Noor Nordin yang dipetik dalam Utusan Malaysia hari ini sebagai mengatakan peguam hak asasi manusia itu telah diputarbelitkan kenyataan Ibrahim (kanan).

Mohd Nor dilaporkan berkata bahawa presiden PERKASA itu hanya berkata Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah atau Jawi harus dibakar, bukan mengarahkan semua Bible dibakar.

Semalam, PERKASA membuat laporan polis di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak terhadap Siti Zabedah selepas beliau membuat laporan polis pada 23 Januari terhadap Ibrahim Ali mengenai perkara itu.

NONESiti Zabedah (kanan) menyifatkan langkah membuat laporan
polis itu sebagai tindakan hendak menakut-nakutkan.

"Saya tidak tahu sebab sebenar mengapa mereka lakukan ini, tetapi mungkin mereka mahu menakut-nakutkan orang lain daripada membuat lebih banyak laporan polis terhadap mereka," katanya.

Siti Zabedah juga berkata beliau hanya mewakili 12 orang yang secara bersama membuat laporan polis terhadap Ibrahim, tetapi PERKASA mensasarkan dirinya secara khusus.

"Mereka (PERKASA) boleh membuat seberapa banyak laporan polis yang mereka mahu. Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya.

NONEPengerusi DAP Karpal Singh juga membuat laporan polis yang
sama pada 22 Januari tetapi setakat ini PERKASA. tidak membuat laporan polis balas terhadapnya.

Karpal membuat laporan polis itu selepas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berkata Ibrahim tidak akan didakwa melainkan tindakan membakar Bible benar-benar berlaku.

Polis telah mengambil kenyataan Ibrahim pada 24 Januari, dan ahli parlimen Pasir Mas itu mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan Kristian.

PERKASA adalah salah satu daripada banyak kumpulan yang menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.