Saksi lihat kejadian sebelum kematian Sugumar

Mayat C Sugumar terbujur kaku di satu kawasan semak dengan tangannya bergari di belakang badannya ketika menjelang senja 23 Januari lalu.

NONEWajahnya dipenuhi serbuk berwarna kuning namun kelihatan tenang. Anak bongsu daripada empat adik beradik itu sudah meningal dunia.

Sejam sebelum itu, Sugumar baru selesai minum di sebuah warung di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Beliau menunggang motosikalnya, yang kemudiannya diparkir di luar sebuah kedai runcit di Persiaran Intan – pada kira-kira jam 5.15pm.

Beliau kemudiannya berjalan ke dalam kedai dan bercakap sendirian dalam dialek Minangkabau.

Pembantu kedai berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkannya kerana keluarga yang mengendalikan kedai runcit tersebut sudah biasa dengan gelagat Sugumar.

NONESaksi berusia 18 tahun yang membantu bapanya di kedai tersebut berkata keluarganya tahu bahawa Sugumar mengalami masalah mental.

Namun, Sugumar tidak pernah mengacau sesiapa dan sering menegur mereka, katanya.

Bapa saksi, 52, meminta agar nama keluarganya tidak disiarkan. Beliau bimbang kerana kira-kira 30 orang polis dari IPK Selangor berkunjung ke kawasan itu pada 26 Januari lalu untuk merekod kenyataan daripada beberapa orang individu.

Beliau mendakwa polis menyoal individu terbabit, menyediakan keterangan dan meminta individu berkenaan menandatangani dokumen tersebut.

NONEAnaknya menjelaskan, Sugumaran kemudiannya keluar dan menaiki motosikalnya semula selepas berhenti di kedai tersebut seketika.

Sugumar bagaimanapun turun daripada motosikal itu semula dan menghempaskan topi keledarnya ke tanah.

Saksi itu berkata, beliau tidak tahu sama ada Sugumar marah atau sengaja berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan kelakuan Sugumaran. Beliau tidak mengendahkan kelakuan Sugumar dan saksi berkenaan beredar untuk menghantar gas kepada seorang pelanggan.

"Apabila saya sampai semula ke kedai pada kira-kira jam 5.30 petang, saya lihat (Sugumar) di seberang jalan," katanya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.