Nik Aziz gembira dengan misi hubungan antara agama

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau gembira dengan kunjungannya ke Pulau Pinang dalam misi untuk bertemu pemimpin Kristian dan mewujudkan keharmonian agama di negeri itu.

"Alhamudlillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang.

Nik Aziz Nik Mat and Penang bishop Sebastian Francis cake 2"Amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Biskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Pertemuannya dengan pemimpim Kristian itu dilihat oleh pemerhati sebagai usaha untuk memperbaiki hubungan antara penganut Islam dan Krisitan di negeri itu, yang menjadi tumpuan ekoran kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Seorang aktivis politik, Anil Netto yang turut hadir ketika pertemuan Nik Aziz dan Michael berkata, menteri besar Kelantan itu turut menghadiahkan sebiji kek kepada pemimpin berkenaan sebagai "tanda persahabatan".

Netto berkata, Nik Aziz malah turut membatalkan satu temujanji lain untuk menemui Michael dalam perjumpaan di sebuah hotel itu.

Netto yang mengupas mengenai pertemuan berkenaan di blognya berkata, Nik Aziz antara lainnya menyatakan kekesalan kerana kontroversit itu tercetus berhubung isu keagamaan.

Beliau juga menulis bahawa Biskop berkenaan mempersetujui kenyataan Nik Aziz.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.